
(Dikemaskinikan bagi Tahun 2023) Terima kasih kerana menggunakan website ini
โ September 2022: Tambahan cermin kereta Tesla, Maserati, Aston Martin, Citroen, Range-Rover, model BMW terkini, Bentley, model Porsche, Lexus
Insurans Cermin Kereta: Apa Yang Anda Perlu Tahu.
Di Malaysia, insurans cermin kereta (windscreen) adalah perlindungan tambahan kepada polisi insurans kereta anda. Bagi mendapatkan perlindungan tambahan ini, anda perlu mempunyai insurans kereta yang aktif. Harga cermin kereta bagi perlindungan tambahan ini adalah berbeza dengan harga insurans kereta.
Insurans ini merangkumi perlindungan, pembaikian, dan penggantian:
- Cermin hadapan
- Cermin belakang
- Cermin di bahagian pintu
- Cermin bumbung matahari
Dibawah perlindungan ini, anda akan diberi pampasan terhadap kos yang diperlukan bagi penggantian cermin kereta sekiranya ia pecah atau retak disebabkan situasi seperti lantunan bantu, rompakan, dan sebagainya. Pampasan ini termasuk kos cermin, upah, dan/atau filem penghadang haba (tinted solar film) yang telah anda pasangkan pada cermin kereta anda.
Secara mudah:
Insurans cermin kereta yang aktif > Pandu > Tenang sekiranya cermin pecah
Bagaimanakah cara mendapatkan tambahan perlindungan cermin kereta ini bagi kereta saya?
Terdapat dua cara yang boleh anda ikut bagi mendapatkan perlindungan cermin kereta anda.
- Tambahkan perlindungan cermin kereta ketika pembaharuan insurans kereta anda: Apabila anda sedang mempebaharui insurans kereta anda, perlindungan cermin kereta akan ditawarkan kepada anda.
- Portal Insurans Atas Talian: Anda boleh memilih tawaran ini semasa sedang mempebaharui insurans kereta atas talian melalui portal insurans kereta (Etiqa Motor Takaful), portal DriveMark, atau aplikasi DriveMark.
- Agen Insurans: Pada kebiasaannya, mereka akan menasihatkan anda untuk menambahkan perlindungan ini kepada insurans kereta anda. Jika tiada, maklumkan kepada mereka tentang penambahan perlindungan cermin kepada insurans kereta anda. Ada juga sesetengah daripada mereka yang telah pun menambahkan perlindungan ini kepada insurans kereta anda.
- Pejabat Pos: Maklumkan kepada juru kaunter bagi memohon tambahan perlindungan cermin kepada insurans kereta anda.
- Beli perlindungan cermin pada bila-bila masa: Perlindungan cermin kereta boleh dibeli selepas pembaharuan insurans kereta. Kami sarankan anda untuk menambah perlindungan ini secepat yang mungkin.
- Maklumkan kepada agen anda bagi mendapatkan sebut harga untuk tambahan perlindungan cermin. Jangan risau, ia adalah perkara biasa jika pihak insurans perlukan sebarang bahan bukti bagi cermin kereta anda sebagai langkah pencegahan penipuan.
Patutkah saya tambah perlindungan cermin kereta ini?
Bagi sebarang jenis insurans, tambahan perlindungan cermin kereta dapat memberi kesenangan kepada anda ketika memandu. Jika cermin kereta anda pecah/retak, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi menggantikan cermin anda.
Bagi kereta model baru, penggantian cermin kereta boleh memakan kos yang besar disebabkan teknologi penderia (sensor) yang telah ditambah kepada cermin kereta.
Sebagai contoh, cermin kereta Perodua Aruz mempunyai teknologi penderia hujan yang memakan kos sebanyak RM1,200 bagi tujuan penggantian. Anda hanya perlu membayar sebanyak RM180 untuk kos perlindungan cermin kereta, pemasangan/upah, dan filem penghadang haba bagi cermin kereta anda.
Contoh yang lain pula, kereta Proton X70 baru yang popular di pasaran memakan kos sebanyak RM1,500 bagi tujuan penggantian cermin kereta. Sementara itu, kos perlindungan cermin kereta bagi model kereta ini hanyalah RM225.
Tawaran yang menarik, bukan?
Berapa banyak saya perlu bayar untuk perlindungan cermin kereta ini?
Berikut adalah petua bagi mengira kos perlindungan cermin kereta:
- Kos perlindungan adalah dalam lingkungan 15% daripada nilai harga perlindungan cermin kereta (jangan keliru dengan 15% daripada nilai harga kereta pula sebab ia menjadi lebih mahal
)
- Contoh: Anda ingin mendapatkan perlindungan cermin kereta bernilai RM1000, anda hanya perlu membayar RM150.
Bagi memudahkan anda, kami telah menyediakan senarai harga dibawah artikel ini merangkumi pelbagai jenis model kereta.

Berapa kali boleh saya tuntut penggantian cermin kereta? Bolehkah saya tuntut lebih 1 kali dalam jangka masa 1 tahun?
Tidak. Dalam kebanyakan situasi, anda tidak boleh melakukan tuntutan lebih 1 kali dalam jangka masa 1 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi di mana anda boleh melakukan tuntutan lebih 1 kali bagi cermin kereta anda. Sebagai peringatan, sila rujuk kepada contoh-contoh situasi yang membenarkan tuntutan ke atas cermin kereta anda.
Contoh 1 โ Tuntutan 1 kali (Tukar windscreen/cermin kereta baru):
Ahmad telah membeli perlindungan cermin kereta bernilai RM1000 untuk kereta Proton Perdana kepunyaannya dan membayar sebanyak RM150 untuk perlindungan ini. Semasa sedang memandu di lebuh raya, Ahmad telah memandu rapat di belakang sebuah lori dan seketul batu telah terjatuh ke atas keretanya. Ia telah menyebabkan cermin kereta retak dengan teruk.
Setelah menghantar kereta ke bengkel, dia telah dikenakan bayaran sebanyak RM950 untuk penggantian cermin kereta tersebut. Disebabkan perlindungan cermin kereta yang masih aktif, kos penggantian cermin kereta telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans.
Oleh kerana Ahmad sudah menggunakan perlindungan cermin kereta untuk mengganti cermin yang baru, perlindungan cermin tersebut sudah tamat apabila penggantian cermin dibuat. Jika Ahmad perlu menggantikan lagi cermin keretanya dalam masa yang terdekat, Ahmad perlu membeli perlindungan cermin kereta yang baru.
Contoh 2 โ Tuntutan lebih 1 kali (Tidak tukar cermin baru, tapi hanya baiki cermin lama):
Ali telah membeli perlindungan cermin kereta bernilai RM5000 untuk kereta Honda CRZ miliknya (kami pun terkejut setelah ketahui nilai harga perlindungan cermin kereta model ini ). Dia telah membayar sebanyak RM750 untuk perlindungan ini. Sama seperti situasi Ahmad, dia mempunyai tabiat memandu rapat di belakang kenderaan yang lain semasa memandu di lebuh raya. Satu hari, cermin kereta Ali retak akibat lantunan serpihan semasa memandu.
Retakan tersebut agak kecil dan boleh dibaiki tanpa sebarang penggantian.
Ali telah menghantar keretanya ke bengkel pakar pembaikan cermin, dan hanya meminta untuk membaiki cermin keretanya.
Bengkel tersebut telah mengenakan caj RM150 untuk pembaikan retakan cermin kereta Ali. Disebabkan lantunan serpihan tersebut terkena cermin kereta pada impak yang rendah, retakan agak kecil dan boleh diperbaiki. Kos baiki cermin kereta bernilai RM150 telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans.
Selepas tuntutan ini, Ali berbakikan RM4850 untuk perlindungan cermin keretanya.
Jika Ali menghadapi situasi yang sama dalam masa yang terdekat, dia masih boleh menggunakan baki RM4850 untuk membaiki atau menggantikan cermin keretanya.

Saya tidak ada tambahan perlindungan ini. Bolehkan saya menggantikan cermin kereta secara percuma?
Jangan terkejut kerana anda masih boleh membuat tuntutan ke atas penggantian cermin kereta walaupun tiada tambahan perlindungan ini kepada insurans kereta anda.
Walau bagaimanapun, tuntutan ini mungkin akan membuatkan anda rasa ia satu kerugian.
Jika anda memilih untuk menggantikan cermin kereta tanpa tambahan perlindungan, tuntutan yang dilakukan akan menjejaskan polisi insurans kereta anda.
Ini bermakna anda akan kehilangan diskaun tuntutan (NCD) anda bagi tahun hadapan. Jika anda sudah mengumpul sejumlah NCD yang banyak, NCD ini akan ditetapkan semula 0 peratus (0%) apabila anda mempebaharui insurans kereta. Bagi sesetengah kereta, penolakan diskaun ini merupakan satu kerugian yang besar apabila dibandingkan dengan harga yang perlu anda bayar untuk tambahan perlindungan ini.
Bagaimanakah cara untuk saya menuntut penggantian cermin kereta?
Proses tuntutan bagi penggantian cermin kereta daripada pihak insurans sebenarnya agak mudah untuk dilakukan.
Sila rujuk artikel dibawah untuk memahami cara tuntutan penggantian cermin kereta anda.
Guide to claim & replace damaged car windscreen

Senarai Penuh Harga Windscreen Malaysia (Terbaru 2022)
Kami telah menyediakan senarai seperti di bawah bagi membantu anda memilih perlindungan cermin kereta pada nilai harga yang terbaik. Perlindungan ini merangkumi kos:
- Penggantian cermin kereta
- Pemasangan/Upah
- Filem penghadang haba yang berkualiti
Nilai harga yang disediakan adalah anggaran bagi kawasan Lembah Klang di bengkel-bengkel pakar pembaikan cermin.
Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Perodua
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.
Senarai Harga Windscreen โ Kereta Proton
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Honda
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.

Senarai Harga Windscreen โ Kereta Toyota
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Nissan
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Kia & Naza
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Mazda
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.

Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Mitsubishi
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Subaru
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Peugeot
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Volkswagen
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.

Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Suzuki
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Isuzu
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Hyundai
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta BMW
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.
Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Volvo
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Ford
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Chevrolet
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Ssangyong
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Chery
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Audi
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Mercedes-Benz
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Citroen
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.

Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Infiniti
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Lexus
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Tesla
Note: Harga bagi cermin kereta Tesla agak tidak stabil memandangkan stok yang rendah. Oleh itu, kami syorkan anda untuk menghubungi syarikat cermin kereta terdekat bagi sebut harga yang rasmi.
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Range-Rover
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Jaguar
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Ferrari
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Porsche
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Bentley
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Maserati
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Cermin Kereta โ Kereta Rolls-Royce
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Lamborghini
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.Senarai Harga Windscreen โ Kereta Aston Martin
The suggested windscreen coverage value includes the cost of replacement, installation/labor fee, and quality solar film tint.

Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
5 Cara Claim Insurans Kereta Banjir (2023)
Kami rasa boleh dikatakan banjir yang melanda 6 negeri baru-baru ini (Pahang, Terengganu, Johor, Kelantan, Perak, dan Selangor) antara kes banjir yang amat teruk pernah berlaku di Malaysia. Terus...
MIROS signs MoU with DriveMark, IMU Malaysia, and Incision Malaysia for Nationwide Road Safety Awareness Campaign
SAFE DRIVE, SAVE LIVES Collaboration Towards a Nationwide Road Safety Campaign to raise awareness of road traffic accidents and reward safe driving behaviours between MIROS, IMU, InciSioN Malaysia and DriveMark...
Sekitar MoU antara KATSANA, Allianz Malaysia, Etiqa Insurance & Takaful & Axiata
Pixelated Sdn Bhd (โKATSANAโ) telah menandatangani dua perjanjian persefahaman bersama Allianz Malaysia Berhad, Etiqa Insurance Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan Axiata Business Services Sdn Bhd. Perjanjian persefahaman ini bertujuan untuk...
Memperkenalkan aplikasi DriveMark
KATSANA dengan bangganya mengumumkan aplikasi flagship terbaru iaitu โ DriveMark. Aplikasi telematik ini adalah kemuncak hasil kerja gabungan antara telematik dan juga sistem penjejak kereta. DriveMark akan menjadi batu loncatan...
Tips & Tricks: Improved tracking on Redmi/Xiaomi Note 4 and similar models using MIUI Global 8.5 skin
This week, we are adding a new documentation that will resolve issues with Redmi/Xiaomi Note 4 phones. This article article is meant for Redmi/Xiaomi smartphone users who are facing problems...