KENYATAAN MEDIA
_____________________________________________________________________________
BANDAR BARU BANGI, 11 OGOS 2020 – Peningkatan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia merupakan salah satu agenda utama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang aktif menjalankan kajian ke atas isu-isu keselamatan jalan raya sejak penubuhannya pada tahun 2007.
Selaras dengan usaha bagi meningkatkan lagi usaha tersebut melalui sektor awam dan swasta, MIROS telah memeterai Perjanjian Persefahaman dengan 13 rakan strategik keselamatan jalan raya dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), 3M Malaysia Sdn Bhd, IMU Education Sdn Bhd, Incision Malaysia, Katsana Holdings Sdn Bhd, Indonesia Road Safety Partnership, Human Resources Development Agency Ministry of Transportation, TRISAKTI Institute of Transportation and Logistic, dan Institute of Road Traffic Education, India pada majlis hari ini.
Ketua Pengarah MIROS, Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim menyifatkan kerjasama ini merupakan satu sinergi terbaik dalam merapatkan jurang penyelidikan dan pembangunan di dalam bidang keselamatan jalan raya di antara sektor awam dan swasta bagi pembangunan penyelesaian melalui projek penyelidikan dan program bagi menangani isu-isu keselamatan jalan raya terutamanya yang melibatkan keselamatan pengguna motosikal dan kenderaan persendirian di Malaysia dan rantau ini.
Pada majlis yang sama, MIROS juga telah menyerahkan Sijil Penarafan MyExpressway MIROS kepada PLUS Expressways Berhad (PLUS), dan Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK) yang merupakan satu pengiktirafan oleh MIROS terhadap lebuh raya di Malaysia sebagai lebuh raya berprestasi baik yang mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah yang berdasarkan indeks kematian yang rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik yang optimum dari aspek keselamatan jalan raya.
Dengan memberikan kedudukan ini kepada lebuh raya, pengguna yang menggunakan lebuh raya tersebut akan lebih peka terhadap risiko keselamatan mereka ketika melalui lebuh raya. Selain itu, ketetapan kedudukan ini diharap dapat mewujudkan persaingan sihat di kalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya di bawah seliaan mereka dari semasa ke semasa, tambah Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.
Selain itu, MIROS juga telah menyerahkan Anugerah Daya Maju Industri Latihan Pemanduan (ILP) kepada PSM Group of Companies Academy (M) Berhad pada majlis tersebut di mana anugerah itu merupakan satu penghargaan oleh MIROS kepada mana-mana ILP yang menunjukkan komitmen tinggi dalam meningkatkan kualiti serta penyampaian, yang berkait terus dengan usaha Malaysia dalam meningkatkan taraf keselamatan jalan raya.
Majlis menandatangani dokumen perjanjian persefahaman di antara MIROS dan rakan-rakan strategik keselamatan jalan raya juga turut dihadiri oleh Pengerusi MIROS, Datuk Suret Singh; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad; Naib Canselor UPNM, Lt. Jen. Datuk Haji Abdul Halim Haji Jalal; Timbalan Naib Caselor (Akademik dan Antarabangsa), UMP, Prof. Dr. Mohd Rosli Hainin; Ketua Pengarah LLM, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Bin Hassan; Naib Canselor IMU, Prof. Abdul Aziz Baba; Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif, Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK), En. Sazally Saidi; Naib Canselor APU, Dr. Hari Narayanan P Ondiveeran; Country Leader 3M Malaysia Sdn Bhd, En. GT Lim; Presiden Incision Malaysia, Dr. Hung Wei Pin; Ketua Pegawai Eksekutif Katsana Holdings Sdn Bhd, En. Syed Ahmad Fuqaha; Wakil Kedutaan Indonesia, En. Mokhamad Farid Maruf, dan Pengarah Urusan PSM Group of Companies Academy (M) Berhad, En. Mohd Noor Mohd Arifin
###
Dikeluarkan oleh:
Unit Korporat dan Pengurusan Ilmu
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Lot 125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, SELANGOR
Tel: 03 – 8924 9200 E-mel: [email protected]
Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
Katsana signs MoU with Allianz, Etiqa and Axiata to develop usage-based motor insurance, DriveMark app
The motor insurance sector entered into the new era of phased liberalisation in July, with full detariffication scheduled to take place in 2019. It’s now a free market, and vehicle...
Tip Jaga Windscreen Yang Baru Ditukar
Ini merupakan artikel ketiga dalam siri artikel tentang 🚀 Senarai Harga Windscreen/Cermin Kereta Malaysia (Terbaru 2023), 🚀 Cara Baiki / Tukar Windscreen Kereta Yang Retak, dan artikel ini meliputi 🚀...
Travel Safe with Petronas Coffee Break This Hari Raya
Complimentary Coffee, Snacks and DriveMark App to Help You Stay Safe Kuala Lumpur, 11 June 2018 – The PETRONAS Coffee Break campaign returns once again in conjunction with the upcoming...
Sukan SEA – Semi Final Bola Malaysia vs Indonesia
Sekitar perlawanan bola sepak semasa Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia pada 26 Ogos 2017. [...]Read More...
🚙 Senarai Harga Road Tax Kereta Malaysia (2023)
(Dikemaskinikan bagi Tahun 2023) – Tambahan September 2022: Perodua Ativa, Hyundai Ioniq EV, Kona EV, KIA EV6 Roadtax Adakah anda sudah sampai tempoh masa untuk memperbaharui road tax kereta (cukai...