CNY dah hampir tiba dah, and we know la u gais excited nak balik kampung or jalan-jalan masa cuti panjang ni. Ada yang lagi suka guna highway, dan ada juga yang tak tahu kenapa suka benor guna jalan kampung (adventurous lettewww). Tak kisah jalan mana yang diambil, kami ada kisah seram curated from “the internet” yang akan buat perjalanan korang penuh misteriiiii. *cue kabus tebal dan lagu seram*

Kisah 1: Lelaki Berdarah

 

Kisah dari Anggun Sophea ni agak menyeramkan:

Semua bermula bila saya nak ke Lumut untuk cuti semester dengan kawan-kawan. Entah macam mana kawan-kawan dia boleh masuk ikut simpang 5 saja nak ronda ronda masuk jalan dalam kot. Sedangkan boleh je lalu highway Ipoh – Lumut terus sampai.

Masa tu saya duduk depan, jadi co-driver. Tengah lalu jalan gelap yg memang saya tak pasti kat mana, disebabkan lampu jalan pun takda kat situ. Kawan kawan saya ni riuh berbual dalam kereta. Engine bising, diorang bising, rimas saya. So mata saya pandang je luar sebelah kiri.

Tiba kat satu jalan ni, dalam keadaan jalan yg sempit dan kereta kawan saya yang rendah, dalam jarak kurang 10m kereta tu tersuluh orang kat tepi jalan. Saya nampak orang tu berbaring tepi jalan atas rumput dan mata memandang saya. Dari fizikalnya boleh saya andaikan dia baru lepas kemalangan. Dengan badan yg berdarah-darah, terbaring menanti pertolongan.

Timbul perasaan kesian pada dia. Masa tu saya dah set dalam kepala, driver mesti stop kereta nak tolong. Mustahil tak nampak sebab dah tersuluh dengan high beam. Malangnya telahan saya salah sama sekali. Driver masih memandu dan tak ada tanda nak berhentikan keretanya. Kawan di belakang pun masih berbual. Dalam hati dah terdetik “takda hati perut ke apa diorang ni.” Tapi kata kata tu tak terluah sampai lah dah agak jauh dari tempat tu.

Saya suarakan pada driver, kenapa taknak tolong orang tu tadi. Driver pelik dan tanya saya balik, tolong orang mana katanya. Saya cakap lah dalam 3km belakang tadi ada lelaki terbaring atas rumput tepi jalan tu berdarah-darah. Dia nampak macam lepas kemalangan. Saya cakap lah yang saya fikir dia akan berhenti, tapi dia selamba je teruskan perjalanan.

Serentak diorang balas

“Ko mengigau ke weh?

“Mana ada org terbaring tepi jalan?”

” Kau sorang je nampak. Kitorang tak nampak apa-apa pun.”

 

Story 2: Balaik Mana, Wak?

 

Kisah dari Aldrin ni memang boleh bikin tak tido malam:

Aku nk citer psl kwn aku yg kerjanya bwk lori. KL-Johor. Aku panggil Abg Bob.

Abg Bob ni org dia kurus kecik jer tapi boleh tahan lasak laaa sbb bwk lori sana sini hantar barang ke seluruh Malaysia.

Ada satu cerita dari Bob yg aku ingat. Masa dia kena hantar kayu ke Pontian. So dia drive KL exit nya ke Sedenak. Tp sebelum sampai ke Sedenak dia singgah kat R&R Machap…waktu dlm kul 1-2am. Keadaan mmg tak ramai sgt org berhenti kat Machap..Tetiba ada sorang akak Jawa tegur dlm slang Jawa

“Wak…balaik mana wak?”

Bob ckp dia nk pg Pontian. Jadi akak Jawa tu tanya, “Ikut mana? Exit Simpang Renggam ke Sedenak?” Bob jwb Sedenak. Jadi akak Jawa tu tanya tak takut ke sorang2 lalu Sedenak/Bukit Batu tu? Bob nih jenis bukan penakut, dia pegi melawak  “Kalau ada yg nak numpang, saya ajak jer..best!!ada kawan pastu boleh bayar tambang lori!”

Lepas dah rehat, Bob pun bwk lori masuk exit Sedenak then Bukit Batu…lps 2-3km masuk Bukit batu tu dia dah x sedap hati. Hujan dah turun. Tengah bawak lori, nampak kat depan ada perempuan bawak payung tahan lori dia. Bob ni jenis baik hati pelawa laa perempuan tu naik. Dalam keadaan gelap Bob tanya, “awak nak pegi mana kan malam2 camni hujan”. Perempuan tu cakap dia nak pegi rumah kakak dia kat depan sikit. Masa tengah borak-borak perempuan tu pandang je depan, rambut dia tutup sikit muka dia. Malu-malu kot.

Ntah camne Bob rasa nak merokok. Dia pon cari lighter teraba2 dlm gelap tu. (PSA: Tumpukan perhatian masa memandu! Jangan distracted macam ni, bahaya!) Dia nampak lighter tu, tapi terjatuh pulak. Bila dia membongkok nak amik lighter, dia  tertoleh kat perempuan tu.

“Abang, saya cantik tak?” dia tanya.

Memang Bob x boleh jawab dengan jujur sebab perempuan tu 100% langsung tak ada muka. Bob tengok kaki dia, tak ada jugak! Masa tu prempuan tu dah ketawa mengilai-ngilai. Jalan Bukit Batu tu mmg teruk tinggi rendah Bob pecut jugak. Sambil drive sambil dia azan, sambil tu dia menolak-nolak perempuan tu keluar.

Entah macam mana, dalam kekalutan tu, lori Bob terbabas dalam ladang nenas. Muka habis berdarah sebab dahi dah terhentak…kaki dua2 tak boleh gerak, patah. Dia tunggu orang lalu. Dalam 20-30 minit gitu ada kereta berhenti. Masa time tengah tunggu pertolongan, perempuan tadi pun sama sibuk mengilai atas lori yg pecah tu. Bob boleh baca ayat yg dia tahu then pengsan.

Masa dia sedar dah kat hospital Pontian. Rupanya minah Jawa yg tanya dia kat Macap tu yg selamatkan Bob. Dia ckp sebenarnya dia dah nampak masa Bob berhenti kat Macap tu ada perempuan duduk kat belakang lori. Dia nak bagitahu dia pun seram. Dia bagitahu suami & adik lelaki dia suruh follow lori Bob dari belakang. Masa diaorang follow Bob, diaorang nampak Bob berhenti ambil perempuan tengah jalan Bukit Batu. Lepas Bob tiba-tiba pecut laju, diaorang nampak tapi diaorang pun tak boleh nak laju sangat sebab jalan Bukit Batu yang teruk dengan lubang dan sebagainya. Sebelum lori Bob hilang dari pandangan diaorang nampak perempuan yang duduk belakang lori tu keluar.

Jadi kalau perempuan tak ada muka tu sebelah Bob, siapa perempuan yang duduk belakang tu?

_______________________________________________________________________________________

Baca satu lagi kisah seram di Jalan Raya di Twitter kami @DriveMarkApp! Jangan lupa untuk follow kami!

Kalau korang nak berlatih drive dengan selamat tak kira apa situasi (ada hantu mahupun tidak), apa kata join #DriveSaferLah Challenge kami? Korang mungkin dapat hadiah, dan dapat kalahkan Cik Pon yang cuba nak buat korang terbabas!

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Pemenang DriveMark Challenge 1 semasa JomLaunch 2017!

JomLaunch merupakan platform untuk ahli komuniti JomWeb melancarkan sebarang produk yang melibatkan IT. Ianya bertujuan bagi membantu projek-projek komuniti, sumber terbuka, projek persendirian mahupun komersil dapat diketengahkan.     [...]Read...

KATSANA Offering Big Prizes at the Malaysia Autoshow 2017

It’s common knowledge that theft is becoming increasingly common in Malaysia, but few know just how common that truly is. For instance, did you know that 1 car is stolen...

Queens Behind Wheels

8th March is The International Women’s Day. It is a day to celebrate all the achievements and progress women have accomplished. We also want to celebrate so we create a...

‘Carrot and stick’ approach still best for errant drivers, says transport minister

Written by Danial Dzulkifly for the MalayMail, 2nd February 2019 SERDANG, Feb 1 — After suggesting last week that no more discounts would be given for traffic fines, Transport Minister Anthony...

DriveMark September Hero

Bernard Henry What does it take to be a super hero?  Does a super hero must be a vigilan-teh who wears all black, has a loyal butler and want to...