
Nissan GT-R adalah satu model performance dari negara matahari terbit 🗾 yang sungguh lejen dan evergreen.
Sports car Nissan GT-R (juga dikenali secara intim sebagai Godzilla dikalangan kaki motor se-Malaysia) mempunyai sejarah panjang berdekad lamanya. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1969, separuh abad yang lalu dan dinamakan sebagai “Skyline GT-R”.
Jika seseorang menyebut nama GT-R, biasanya dia merujuk kepada beberapa model Nissan GTR dan variasi modern yang bermula dari tahun 1989, seperti senarai di bawah:
- Nissan GTR R-32, dikeluarkan pada tahun 1989 hingga 1994
- Skyline GXi 1.8
- Skyline GTE 2.0
- Skyline GTS 2.0
- Skyline GTS 2.0
- Skyline GTS-25 2.5
- Skyline GTS-T 2.0
- Skyline GTS-4 2.0 4WD
- Skyline GT-R 2.6 4WD
- Nissan GTR R-33, dikeluarkan pada tahun 1995 hingga 1998
- Skyline GTS 2.0
- Skyline GTS-25 2.5
- Skyline GTS-4 2.5 4WD
- Skyline GTS-25t 2.5
- Skyline GT-R 2.6
- Skyline GT-R 2.6 4WD
- Nissan GTR R-34, dikeluarkan pada tahun 1999 hingga 2002
- Skyline GT 2.0
- Skyline GTS-T 2.5
- Skyline GTS-T 2.5 4WD
- Skyline GT-T 2.5
- Skyline GT-R 2.6 4WD
- Nissan GTR R-35, dikeluarkan pada tahun 2007 hingga kini.
- GT-R 2.8 V6 4×4
- Sila rujuk senarai di bawah untuk dapatkan harga roadtax Nissan GTR

Bagaimana harga roadtax / cukai jalan dikira di Malaysia?
Sistem Road Tax di Malaysia menggunakan nilai kapasiti enjin (cubic-capacity) sebagai asas pengiraan jumlah cukai jalan yang anda perlu bayar. Kapasiti enjin yang lebih besar akan membayar roadtax yang lebih tinggi.
Jangan terkejut jika anda nampak dalam senarai ada Nissan GTR yang kena bayar RM5,000+ untuk roadtax sahaja! 😜
Memandangkan setiap model Nissan GTR mempunyai saiz enjin yang berbeza, roadtax yang perlu dibayar sudah tentu berbeza bergantung kepada model Nissan GTR yang anda miliki.
Selain daripada nilai kapasiti enjin (cubic-capacity, cc), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) juga menetapkan harga Road Tax / Cukai Jalan berdasarkan komponen-komponen berikut:
- Lokasi kegunaan kereta
- Kereta yang digunakan di Semenanjung Malaysia akan membayar roadtax yang lebih tinggi berbanding kawasan lain (Sarawak & Sabah) kerana kualiti infrastruktur jalan yang lebih baik.
- Disebabkan kualiti jalan yang kurang baik di Sabah & Sarawak, JPJ Malaysia mengenakan cukai jalan yang lebih rendah.
- Jenis kegunaan kereta
- 🚗 Kegunaan secara persendirian
- atau 🚚 Kegunaan Syarikat
- Jenis kenderaan (Sama ada Saloon atau bukan-Saloon)
- 🚗 Saloon: Sedan / Hatchback / Coupe / Wagon / Convertible
- 🚙 Bukan Saloon: MPV / SUV / Pick-ups / Commercial
Untuk penerangan lebih mendalam mengenai cara pengiraan roadtax di Malaysia, anda boleh refer kepada artikel ini 🚀 Senarai Lengkap Harga Road Tax Kereta Malaysia (2020)

Harga Road Tax / Cukai Jalan Nissan GTR
Seperti yang diterangkan di atas, harga road tax bagi Nissan GTR bergantung kepada model kereta anda. Untuk memudahkan anda,😊 kami sediakan senarai harga roadtax Nissan GTR di bawah ini.
Kami juga asingkan senarai ini berdasarkan kawasan kegunaan kereta itu (Semenanjung Malaysia vs Sabah & Sarawak).
Nissan GTR Road Tax Price / Harga Cukai Jalan
Car Model | Cubic-capacity | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak |
---|---|---|---|
Nissan GTR R-35 3.8L V6 | 3799cc | RM5,725.50 | RM2102.65 |
Nissan GTR R-34 2.6L | 2569cc | RM1052.50 | RM593.00 |
Nissan GTR R-34 2.5L | 2498cc | RM878.00 | RM523.00 |
Nissan GTR R-33 2.6L | 2569cc | RM1052.50 | RM593.00 |
Nissan GTR R-33 2.8L NISMO 400R | 2771cc | RM1557.50 | RM795.00 |
Nissan GTR R-33 2.5L GTS-4 Coupe | 2499cc | RM879.00 | RM523.50 |
Nissan GTR R-33 2.0L GTS Coupe | 1998cc | RM379.00 | RM273.50 |
Nissan GTR R-32 2.6L | 2568cc | RM1050.00 | RM592.00 |
Nissan GTR R-32 2.5L GTS-25 | 2498cc | RM878.00 | RM523.00 |
Nissan GTR R-32 2.0L GTS-20 | 1998cc | RM379.00 | RM273.50 |

Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
Hazard Lights For Heavy Rain Is A Bad Idea
Let’s ask ourselves: How many Malaysians still use hazard lights so others can see them during heavy rain or thunderstorms? via GIPHY People say we use hazard light to become more...
Crowd movement pattern during Covid19 crisis
During this period of Restricted Movement Order, DriveMark has a unique opportunity to understand how well Malaysians comply to the #StayAtHome directive. You see, DriveMark is app that collects driver...
🚗 Malaysia Roadtax Price List (2023 UPDATED)
(Updated for Year 2023 Malaysian Car Roadtax) – Updated September 2022: Perodua Ativa, Hyundai Ioniq EV, Kona EV Roadtax, KIA EV6 Is it the time to renew your vehicle roadtax...
KATSANA® Supporting Road Safety in South East Asia through MIROS CARS 2018
The 2nd Conference of ASEAN Road Safety was held in Summit Hotel, Subang USJ on 4th till 6th December 2018. Organized by Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), the...
Fresh Grad & Kereta Baru, amboi, amboi…
Kalau duduk rumah sewa, tapi pakai kereta mewah, amboi, amboi.. Itulah ayat tipikal generasi milenia kita yang kurang skill ukur baju di badan sendiri. Tapi to be honest, maybe bukan...