Di Malaysia, pembaikan/pertukaran windscreen kereta adalah mudah untuk dituntut daripada pihak insurans anda ๐. Anda tidak perlu risau dengan proses yang rumit untuk baiki/tukar windscreen yang retak/pecah.
Sila ikut cara-cara mendapatkan windscreen kereta yang baru seperti di bawah:
Panduan ini telah dipisahkan kepada beberapa bahagian:
- Bahagian A untuk Pemandu yang mempunyai perlindungan windscreen kereta.
- Bahagian B untuk pemandu yang tidak mempunyai perlindungan windscreen kereta.
- Nota: Jika anda tidak pasti ada perlindungan windscreen kereta atau tidak, anda boleh mengesahkan dengan melihat ‘cover note‘ insurans kereta atau menghubungi pihak insurans anda.
- Bahagian C: Apa yang perlu dilakukan selepas anda tukar windscreen kereta?
- Bahagian D: Kami telah menyediakan senarai pakar pembaikan cermin dibawah di penghujung artikel ini bagi memudahkan anda.๐
Bahagian A: Saya dah ada perlindungan windscreen kereta. ๐
Bagaimanakah cara untuk saya tuntut penggantian windscreen?
Jika anda sudah mempunyai perlindungan windscreen kereta, pihak insurans anda akan menanggung kos pertukaran cermin kereta anda seperti berikut:
- cermin depan
- cermin belakang
- cermin pintu sisi dan
- juga cermin bumbung matahari.
- Sebelum menuntut pertukaran cermin kereta, anda perlu memastikan jika bengkel pakar pembaikan cermin kereta itu adalah salah satu daripada bengkel panel insurans kereta anda.. Sesetengah bengkel berantai yang terkenal seperti AutoGlass and DrCermin termasuk dalam senarai panel bengkel kebanyakan syarikat insurans di Malaysia. Jika kurang pasti, adalah bagus jika anda menghubungi:
- Pihak insurans anda tentang panel bengkel pakar pembaikan cermin yang terbaik di kawasan anda.
- Bengkel pakar pembaikan cermin tersebut dan memastikan jika bengkel mereka adalah panel bengkel insurans kereta anda. Anda boleh merujuk senarai bengkel pakar pembaikan cermin yang popular di penghujung artikel ini.
- Ia adalah penting untuk tahu penukaran windscreen hendaklah dilakukan di panel bengkel pakar pembaikan cermin insurans kereta anda.. Jika tidak, anda bakal berhadapan dengan proses tuntutan yang lebih rumit dan tuntutan anda berpotensi untuk ditolak oleh pihak insurans anda.
- Tuntutan di panel bengkel pakar pembaikan cermin: Tiada pembayaran. Pihak insurans anda akan menanggung kos pembaikan/pertukaran, upah pasang, dan filem penghadang haba yang berkualiti. Tak pasti berapa harga perlindungan cermin ini? Sila rujuk ๐ Senarai Harga Windscreen/Cermin Kereta Malaysia (Terbaru 2020) (Nota kaki: Tahu tak kos untuk tukar cermin Lamborghini Gallardo ialah RM40,000?) ๐
- Tuntutan di bengkel pakar pembaikan cermin yang bukan panel insurans anda: Tuntutan anda berisiko untuk ditolak oleh pihak insurans. Anda mungkin perlu menanggung kos bagi keseluruhan kos, atau separa kos pembaikan/pertukaran, upah pasang, dan filem penghadang haba (tinted).
- Selepas mengesahkan bengkel termasuk dalam senarai panel insurans anda, sila sediakan dokumen-dokumen seperti dibawah bagi memudahkan proses tuntutan. Bawa dokumen-dokumen tersebut ke bengkel pakar pembaikan cermin:
- Polisi insurans kenderaan / โcover noteโ
- Kad pengenalan pemandu yang diinsurankan
- Lesen memandu pemandu yang diinsurankan
- Kad Pendaftaran Kenderaan (Geran)
- Laporan polis asal (jika ada)
- Bagi kereta syarikat, sila bawa:
- Lesen pendaftaran perniagaan (Form 9 / 13 / 24 / 49)
- Cop syarikat
- Apabila dokumen-dokumen tersebut telah disediakan, anda perlu hantarkan kereta ke bengkel pakar pembaikan cermin pilihan anda. Bagi memudahkan pencarian anda, sila rujuk ๐ peta lokasi ini untuk bengkel yang terdekat dengan anda.
- Setelah berada di bengkel, anda hanya perlu memberitahu mereka untuk membaiki/menukar windscreen. Pakar pembaikan cermin tersebut akan memeriksa keadaan windscreen dan memberitahu anda jika ia perlu dibaiki atau digantikan terus.
- Boleh dibaiki: Retakan kecil boleh dibaiki menggunakan sejenis bahan istimewa iaitu โresinโ bagi memenuhi ruangan udara pada cermin kereta anda. Kos bagi pembaikan ini adalah kecil dan boleh dituntut daripada perlindungan windscreen anda. Selepas pembaikan ini, anda masih akan anda baki kepada perlindungan winsdcreen kereta anda. Dalam situasi di mana anda perlu menukar windscreen, anda boleh menuntut daripada pihak insurans sekiranya kos perukaran adalah sama dengan jumlah baki perlindungan windscreen kereta anda.
- Perlu ditukar: Jika kerosakan adalah teruk, pakar pembaikan cermin akan menasihatkan anda untuk menukar keseluruhan windscreen kereta.
- Pembaikan atau pertukaran cermin kereta akan memakan masa selama 2-3 jam. Anda boleh merehatkan diri sementara menunggu proses pertukaran itu.
- Setelah siap, sila rujuk Bahagian C untuk penjagaan windscreen selepas pemasangan bagi memastikan windscreen tersebut telah dipasang dengan betul dan akan kekal lama.
Bahagian B: Saya tiada perlindungan windscreen kereta. Boleh ke saya tuntut untuk tukar windscreen? ๐ฅ
- Jangan risau, kami ada dua perkara untuk beritahu anda. Satu perkara adalah yang baik, dan satu perkara adalah yang kurang baik.
- Perkara baik: Anda masih boleh tukar cermin kereta tanpa menanggung sebarang kos.. Tuntutan ini boleh dibuat terhadap polisi insurans kereta anda. Namun begitu, terdapat satu kerugian daripada tuntutan iniโฆ..
- Perkara yang kurang baik: Jika anda ingin membuat tuntutan terhadap polisi insurans kereta anda untuk menukar cermin kereta, ini akan menjejaskan diskaun tanpa tuntutan (NCD) anda.
- Kalau macam itu, patutkah saya buat tuntutan terhadap pihak insurans, atau lebih baik untuk menanggung sendiri kos tukar windscreen kereta? Jawapan: Dalam situasi ini, anda perlu membuat pilihan yang paling bijak dan menjimatkan.
- Jika kadar NCD kereta anda pada tahun hadapan adalah lebih tinggi daripada kos pertukaran windscreen kereta, adalah lebih baik bagi anda menanggung kos tersebut.
- Jika kadar NCD kereta anda pada tahun depan adalah lebih rendah daripada kos pertukaran windscreen kereta, adalah lebih baik bagi anda membuat tuntutan dan membiarkan pihak insurans menanggung kos tersebut.
- Bagaimanakah cara untuk saya membuat pilihan yang paling terbaik dan menjimatkan?
Jawapan: Sebagai contoh, premium insurans kereta anda adalah sebanyak RM2,500 setahun, dan anda telah mengumpul kadar NCD sebanyak 38โ %. Ini bermakna kadar NCD anda pada tahun hadapan akan bertambah kepada sebanyak 45%. Jika anda tidak membuat tuntutan anda akan dapat menjimat sebanyak RM1,125 (45% daripada RM2,500) apabila anda renew insurans kereta anda.- Katakan kos pertukaran windscreen kereta anda adalah RM800 (jumlah yang lebih kurang daripada RM1,125), adalah lebih wajar anda menanggung kos ini sendiri.
- Jika kos pertukaran windscreen kereta anda adalah RM1,500 (jumlah yang lebih tinggi daripada RM1,125), adalah lebih wajar bagi anda menuntut terhadap pihak insurans untuk menanggung kos tersebut.
- Untuk meneruskan dengan pertukaran cermin kereta, sila rujuk bahagian A di atas.
- Setelah sampai ke bengkel, beritahu pakar pembaikan cermin anda tentang tuntutan yang akan dilakukan terhadap pihak insurans (sekiranya anda memilih untuk tidak menanggung kos tersebut). Kami ingin mengingatkan anda sekali lagi โญ๏ธ tuntutan yang dilakukan tanpa tambahan perlindungan cermin kereta akan menjejaskan kadar NCD anda..
Bahagian C: Apa yang perlu dilakukan selepas saya tukar windscreen kereta? Ada tips penjagaan windscreen tak?
Kami telah menyenaraikan cara-cara menjaga windscreen yang baru ditukar untuk anda seperti dibawah:
- Sila rujuk panduan kami di ๐ How to take care of newly replaced windscreen. Panduan ini telah disediakan untuk anda ikuti supaya windscreen kereta anda sentiasa tip top dan kekal lama. ๐ฅฐ.
- Renew tambahan perlindungan windscreen kereta anda. Selepas menukar windscreen anda, perlindungan bagi windscreen yang lama akan ditamatkan tempoh serta merta. Jika mahu kekalkan perlindungan ini, kami sarankan anda membeli tambahan perlindungan windscreen yang baru.
- Semak semula status NCD anda dalam jangka masa 1-2 bulan. Ada situasi dimana pakar pembaikan cermin kereta akan membuat tuntutan terhadap polisi insurans kereta, bukan tambahan perlindungan cermin kereta anda. Kesilapan ini pernah dan/atau mungkin akan berlaku kepada anda ๐ฑ . Oleh itu, kami sarankan anda untuk menggunakan ๐ โfree NCD check serviceโ untuk mengelakkan kejutan yang tidak diduga apabila anda renew insurans kereta pada tahun hadapan.
Bahagian D: Bengkel-bengkel pakar pembaikan cermin kereta yang popular di Malaysia.
Terdapat banyak bengkel-bengkel terkenal yang merupakan pakar dalam memberikan perkhidmatan berkualiti yang boleh membantu anda untuk menukar cermin kereta serta membuat tuntutan terhadap pihak insurans.
Ini merupakan senarai bengkel-bengkel yang terkenal:
AutoGlass
Cawangan di Lembah Klang – Lihat senarai bengkel.
Barakah Auto Glass
Main HQ in Johor Bahru – Lihat senarai bengkel.
CCH Windscreen
Cawangan di Lembah Klang & Penang – Lihat senarai bengkel.
Dr Cermin
Cawangan di seluruh Malaysia – Lihat senarai bengkel.
DSG Auto Glass
Setapak – Lihat info.
Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
Kuiz ‘Child Seat’ Untuk Parents!
[playbuzz-item wp-pb-id=”144442″ item=”9ec0e640-43c6-4d0c-a685-7b149e440171″ info=”false” shares=”false” comments=”false” recommend=”undefined”] Jangan lupa untuk kongsi dan tag rakan-rakan anda kuiz ini berserta hastag #drivesaferlah.ย 50 individu bertuah bakal memenangi voucher RM30 petrol. [...]Read More...
๐ How to take care of newly replaced windscreen
This is the third article on a series of articles about ๐ Windscreen Insurance Coverage & Price List (2023), ๐ Claiming & Replacing broken Windscreens, and now on ๐ Taking...
๐ Senarai Harga Road Tax Kereta Malaysia (2023)
(Dikemaskinikan bagi Tahun 2023) – Tambahan September 2022: Perodua Ativa, Hyundai Ioniq EV, Kona EV, KIA EV6 Roadtax Adakah anda sudah sampai tempoh masa untuk memperbaharui road tax kereta (cukai...
MIROS signs MoU with DriveMark, IMU Malaysia, and Incision Malaysia for Nationwide Road Safety Awareness Campaign
SAFE DRIVE, SAVE LIVES Collaboration Towards a Nationwide Road Safety Campaign to raise awareness of road traffic accidents and reward safe driving behaviours between MIROS, IMU, InciSioN Malaysia and DriveMark...
Malaysia ranks 20th in the world for road deaths. This startup could change all that.
A stolen vehicle, a two-hour search, and catching car thieves. Thatโs how Syed Ahmad Fuqaha, managing director and founder at driving pattern data company Katsana, describes his first and most...