“Saya rasa tidak selamat jika memandu dengan pintu terkunci kerana anda boleh terperangkap dalam kereta yang terbakar jika ada kemalangan. Anda tak boleh keluar, dan menyusahkan pihak bomba. Suami saya tak bersetuju dengan pendapat saya. Kami ada sebuah 4×4, pintunya akan terkunci secara automatik (auto-lock) jika kereta bergerak. Apa pandangan DriveMark?”
– Puan Saleha, Petaling Jaya.

Elakkan Orang Masuk atau Keluar dari Kereta tanpa kebenaran anda

Jika anda memandu dengan pintu yang tidak terkunci, anda membolehkan sesiapa sahaja masuk, atau keluar dari kereta. Dalam contoh ini, pintu yang tidak terkunci membenarkan sesiapa sahaja memasuki kereta anda apabila berhenti di traffic light, atau stesyen minyak dan merampas barangan anda, malahkan mengugut anda supaya pandu ke tempat lain.

Kadang-kadang anda kena warn penumpang bahawa kereta anda ada auto-lock. Otherwise anda boleh dilabel sebagai penculik. (Gambar: Facebook/Singapore Civil Defence Force, Facebook/Roads.sg)

Elakkan anak anda membuka pintu secara tak sengaja denganĀ auto-lockĀ danĀ child-lock

Terdapat beberapa kejadian anak kecil terjatuh dari kereta yang masih bergerak. Jika memandu kereta bersama anak-anak kecil, cari fungsi Child LockĀ pada kereta anda. Child lock memastikan pintu anda tidak boleh dibuka dari dalam bagi keselamatan anak anda.

car seat failure

(Video: Reddit)

Kebiasaannya fungsi Child Lock ini ada pada pintu kereta itu sendiri, seperti gambar-gambar di bawah:

auto-lock child lock car door

Peranan pintuĀ semasa kemalangan

Pintu kereta juga memainkan beberapa peranan penting semasa kemalangan. Ia perlu terkunci kerana:
a) ia perlu menahan kesan impak
b) mengelakkan anda daripada tercampak keluar
c) mengurangkan risiko bumbung kereta remuk kedalam ruang penumpang. Jika kereta itu bergolek, pintu yang terkunci akan memastikan pintu tertutup, dan mengelakkan anda tercampak dan seterusnya digelek oleh kereta itu sendiri.

Jika anda ada pet, auto-lock penting untuk elakkan pet anda buka pintuĀ 

“Syaiton apakah ini. Kenapa kotak ini bergerak? Lepaskan hamba dari kurungan ini.”, gusar si Meow.

 

Tapi, adakah auto-lockĀ menyebabkan penumpang terperangkap di dalam kereta semasa kemalangan? Sebenarnya, apabila impak berlaku, ada masanya pintu kereta akan terperosok ke dalam. Hal ini menyebabkan pintu yang rosak itu akan tersekat tidak kira ia dikunci ataupun tidak. Dalam keadaan ini, pihak bomba akan membantu anda atau anda boleh pecahkan cermin untuk keluar dengan selamat.

Kesimpulannya, banyak kebaikan menggunakanĀ auto-lockĀ dalam memastikan keselamatan penumpang kenderaan sama ada manusia mahupun haiwan. Namun tidak guna juga menggunakanĀ autolock kalau tidak memandu dengan selamat, bukan?

AplikasiĀ DriveMark akan beri anda markah berdasarkan cara anda memandu. Jadi, lebih mudah untuk anda menilai dan meningkatkan prestasi pemanduan anda. Kami juga beri ganjaran pada pemandu selamat di Malaysia ni. Ini kerana pemandu yang prihatin merupakan wira pada kami. šŸ˜‰

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Petronas launches Coffee Break campaign for Chinese New Year, introduces National Safest Driver Challenge

Written by Jonathan Lee for PaulTan, 1st February 2019 With many starting to head home for their annual Chinese New Year celebrations, Petronas has launched its annual Coffee Break safety...

šŸ˜‹ How to take care of newly replaced windscreen

This is the third article on a series of articles about šŸš€ Windscreen Insurance Coverage & Price List (2023), šŸš€ Claiming & Replacing broken Windscreens, and now on šŸš€ Taking...

Telematics company Katsana paves way to safer driving

PETALING JAYA: Connected cars and insurance-focused data analytics company Pixelated Sdn Bhd (known as Katsana) said it has managed to reduce risky driving behaviour by 62% within 12 months and...

September Challenge Winners!

Hello DriveMark Heroes! Announcing winners for the DriveMark September Challenge! Congratulations to our Heroes, and also to the Lucky Draw Winners. If you are not so lucky this month, don’t...

ā€˜DriveMark’ Inisiatif KATSANA Melahirkan Lebih Ramai Pemandu Berhemah

KATSANA bersama Allianz Malaysia, Etiqa Insurance Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan Axiata Business Services Sdn Bhd Selasa lalu menandatangai perjanjian bersama untuk satu kolaborasi memperkenalkan usage-based insurance (UBI) di Malaysia....