
Tahukah anda, bermula daripada Julai 2017 (bulan ini) kadar premium insurans akan berbeza berbanding sebelum ini? Masih ramai pemilik kenderaan yang masih belum mengambil tahu tentang perkara ini. Bagaimana sistem ini akan berfungsi kelak? Mari kita fahami terlebih dahulu sistem sekarang.
Sepanjang 30 tahun struktur tarif premium insurans motor Malaysia di kawal sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia. Sebelum ini harga premium tahunan dikira berdasarkan 2 faktor utama iaitu berdasarkan harga pasaran semasa kenderaan anda dan juga berdasarkan saiz kapasiti enjin (cc) kenderaan anda.
Antara faktor lain yang diambil kira yang menyumbang kepada harga premium anda juga adalah pakej tambahan untuk premium sedia ada dan juga ‘loading’ (bebanan tambahan) – kos tambahan yang dikenakan berdasarkan kondisi kenderaan yang berusia lebih 10 tahun (boleh menjangkau maksimum 15% daripada harga asal premium).
Disebabkan kadar pentarifan adalah berdasarkan kapasiti enjin kenderaan anda, kebiasaannya harga premium antara syarikat insurans adalah sama dengan perbezaan yang tidak ketara.
Kekurangan Tarif Insurans Sebelum Ini
- Kiraan tarif insurans sebelum ini sebenarnya adalah tidak setimpal kerana walaupun anda seorang pemandu dengan risiko rendah, anda terpaksa membayar pada kadar yang sama seperti pemandu dengan risiko tinggi.
- Jumlah kecil pemandu berisiko tinggi ini mengakibatkan premium semua pemandu lain menjadi tinggi, ini adalah kerana pemandu berhemah perlu menanggung risiko pemandu berisiko tinggi.
- Tarif sedia ada tidak memberi insentif ganjaran kepada pemandu berhemah untuk kekal memandu selamat di jalan raya.
- Tarif sedia ada tidak menghukum pemandu berbahaya selain daripada pengurangan diskaun tiada tuntutan (NCD).
Apa Bezanya dengan Nyahtarif nanti?
Sistem baru ini nanti akan menyebabkan premium kenderaan tidak lagi dikawal oleh Bank Negara Malaysia dan syarikat insurans yang beroperasi di Malaysia boleh menggunakan cara mereka tersendiri untuk pengiraan premium insurans yang dikenakan terhadap pengguna.
Sistem nyahtarif premium insurans ini bukanlah satu benda baru. Ianya telah lama digunakan dan dipraktikkan secara meluas di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Singapura, Thailand dan juga China.
Apabila tidak dikawal, ini tidak bermakna anda akan membayar lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ini. Antara kebaikan yang dapat dilihat pada pengguna adalah :
- Premium yang lebih rendah untuk pengguna berhemah
- Produk dan servis baru daripada pengeluar insurans
- Peningkatan dalam mutu perkhidmatan dari pengeluar insurans.
Cara Pengiraan Yang Menarik dan Memberi Manfaat Untuk Semua
Faktor risiko atau insurans berasaskan penggunaan (link to ubi) (usage-based insurance) adalah cara pengiraan mudah untuk pengeluar insurans mengira kadar premium insurans tahunan anda.
Pengiraan yang lebih telus dan bersifat adil untuk semua pengguna. Sistem pengiraan ini juga dilihat dapat membina sikap pemandu yang lebih berhemah dan selamat.
Dengan sistem ini, cara pemanduan anda akan menentukan berapa jumlah premium insurans yang perlu anda bayar. Pemandu dengan risiko yang rendah akan perlu membayar premium rendah dan sebaliknya, apabila risiko tinggi maka premium insurans juga akan turut meningkat.
Aplikasi KATSANA DriveMark dapat mengenal pasti risiko pemaduan anda. Ianya boleh di dapati di Google Playstore dan Apple App Store. Atau layari http://www.getdrivemark.com/my untuk mendapatkannya.
Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
Senarai Kereta Murah Baru, Selamat Malaysia 2023 😍
Kereta murah baru…tapi selamat. Ada ke? ADA. Sikit lagi kita dah nak masuk tahun 2021. Tahun baru, kereta baru? #eh Setiap orang mesti ada keinginan untuk memiliki kereta tersendiri. Dah...
Travel Safe with Petronas Coffee Break This Hari Raya
Complimentary Coffee, Snacks and DriveMark App to Help You Stay Safe Kuala Lumpur, 11 June 2018 – The PETRONAS Coffee Break campaign returns once again in conjunction with the upcoming...
#ShareStreakLah Challenge!
You want more rewards. We hear you 😏 Introducing…… #ShareStreakLah Challenge! This time, we want to see if you can maintain your safe driving by collecting “STREAKS”. ‘Streak’? Apa tu? ...
Chinese New Year #DriveSaferLah Challenge!
Hello Heroes! Chinese New Year is next week only. To start off the daji dali, we are having a special #DriveSaferLah Challenge! It is super special because for this challenge we...
Sekitar MoU antara KATSANA, Allianz Malaysia, Etiqa Insurance & Takaful & Axiata
Pixelated Sdn Bhd (“KATSANA”) telah menandatangani dua perjanjian persefahaman bersama Allianz Malaysia Berhad, Etiqa Insurance Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan Axiata Business Services Sdn Bhd. Perjanjian persefahaman ini bertujuan untuk...