Kami pasti sangat ramai orang termasuk anda sudah sedia maklum mengenai penjagaan tayar kereta supaya tayar tahan lama. Mungkin anda tergolong dalam kumpulan yang pro dalam bab penjagaan tayar (jom kongsi kepada kami!) atau mungkin anda tahu secara sedikit mengenai penjagaan tayar.

Penjagaan tayar kereta sebenarnya melibatkan pelbagai jenis kaedah.
Tetapi, ada 4 rahsia penjagaan supaya tayar tahan lama yang perlu anda tahu dan sentiasa amalkan.

Jom lihat rahsia-rahsia tersebut dibawah. 👇🏼👇🏼👇🏼

Rahsia-Rahsia Utama Tayar Tahan Lama

 

Rahsia #1 [Tekanan Angin Tayar Sentiasa Cukup] 💨

Tahukah anda?
Tekanan angin tayar menentukan ketahanan tayar kereta dan sebanyak mana minyak kereta akan digunakan setiap kali anda memandu.
Tekanan angin tayar yang cukup dapat memanjangkan tempoh hayat tayar dan menjimatkan kereta anda. 

Jimat pada penggantian tayar dan minyak kereta. Siapa tak nak kan? 😜

Sebenarnya senang sangat nak periksa angin tayar kereta secara sendiri. Anda boleh ke stesen minyak berdekatan anda untuk periksa dan pam tayar (jika perlu). Untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat, anda juga boleh menggunakan alat pengukur tekanan angin atau alat pengukur tanpa wayar yang berkualiti kerana meter di stesen minyak selalunya jarang dikalibrasi.

Tekanan angin tayar kereta akan menurun setiap bulan dan akan turun lebih banyak jika terdapat sebarang kebocoran. Oleh begitu, anda amat digalakkan untuk memeriksa angin tayar sekerap yang mungkin. 1-2 kali sebulan sudah cukup memadai untuk pastikan tekanan angin tayar sentiasa cukup.

jaga angin tayar supaya tayar tahan lama
Label angin tayar ini dapat dilihat pada pintu belah pemandu.

Kredit : Zordaq Motorsports

Rahsia #2 [Kedalaman Bunga Tayar >1.66mm] 🌺

Fungsi bunga tayar adalah untuk mencengkam permukaan jalan serta menyingkirkan air diantara jalan dan permukaan tayar semasa memandu. Tayar kenderaan yang sudah kekurangan bunga amatlah merbahaya semasa dipandu kerana boleh menyebabkan jarak brek meningkat,  ‘aquaplaning’ dan/atau terbabas. 

Sila rujuk rajah di bawah untuk memahami purata tayar kenderaan yang selamat untuk dipandu:

purata kedalaman bunga tayar

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengukur kedalaman bunga tayar anda:

1. Alat pengukur

Untuk mendapat ukuran yang tepat, anda digalakkan untuk menggunakan alat pengukur semasa memeriksa kedalaman bunga tayar. Macam-macam jenis boleh dijumpai di Shopee atau Lazada seperti alatan ini. Boleh juga gambar rajah di atas sebagai rujukan semasa mengukur bunga tayar anda.

2. Penunjuk haus tapak (TWI – Tread Wear Indicators)

jaga tayar tahan lama - penunjuk haus tapak

Kredit: Carlist

Bagi setiap tayar yang dihasilkan, ia mesti mempunyai satu penanda kecil diantara jaluran-jaluran bunga tayar. Ia berfungsi untuk menentukan jika tayar kenderaan anda masih selamat untuk dipandu. Jika anda ingin membeli tayar baru atau yang terpakai, pastikan anda lihat dengan teliti penunjuk haus tapak tersebut. Paras yang sama dengan bunga tayar bermaksud tayar tersebut telah haus.

3. Guna duit syiling

Rasanya ramai yang dah tahu tips duit syiling untuk mengukur kedalaman bunga tayar. Bagi yang tidak tahu, ambil sahaja 20 sen dan letak diantara 2 jaluran bunga tayar. Jika perkataan ‘SEN’ tidak terlihat, ia bermakna bunga tayar anda masih dalam keadaan baik. Jika ‘SEN’ dapat dilihat, anda digalakkan untuk menukar tayar dengan segera.

Demi keselamatan nyawa dan juga dompet (😆), rajin-rajin lah periksa bunga tayar anda supaya sentiasa pada paras yang optimum.

Rahsia #3 [Penggiliran Tayar Kereta, ‘Rotation‘] 🔀

Ini merupakan satu kaedah yang kurang dipraktikkan ramai pemandu dan/atau pemilik kenderaan. Ada juga yang masih tidak tahu ia boleh dilakukan. Kalau anda tergolong dalam yang tahu dan kerap melakukan penggiliran tayar, anda ‘power’. 😎

Penggiliran tayar kereta membantu anda untuk mengimbangi tayar dan mengurangkan risiko kerosakan kepada setiap tayar anda. Tayar hadapan selalunya akan haus dua kali ganda lebih cepat daripada tayar belakang kerana menanggung beban lebih besar. 

Apabila anda kerap menggilirkan tayar, semua tayar kereta anda akan haus pada kadar yang sama; pemanjangan jangka hayat tayar.
Jimat bukan?

Jadi, rajin-rajinkanlah gilir tayar setiap 3 bulan sekali atau setiap 8,000km – 10,000km.

Rahsia #4 [Pelarasan Tayar Kereta, ‘Alignment‘] ⚖️

Pernah tak rasa macam kereta asyik ke kiri atau kanan semasa memandu?
Stereng rasa berat dan selalu lari apabila anda cuba memandu dengan lurus? 

❓❓❓❓❓

Salah satu daripada punca-punca ini adalah tayar kereta anda mungkin sudah tidak selaras lagi. Anda amat digalakkan untuk sentiasa membuat pelarasan (alignment) pada setiap selang 10,000km ataupun bila-bila anda rasa pemanduan tidak seimbang. Boleh buat di mana-mana kedai tayar berdekatan anda. Tidak terlalu mahal, selalunya RM20 – RM25 akan dikenakan bagi servis ‘alignment’ & ‘balancing’. 

Apabila tayar depan dan belakang kekal samarata, pemanduan anda akan lebih seimbang dan mudah untuk dikawal.

 

Safest driver ranking

Safest driver ranking app
DriveMark allows family members to complete to be the safest driver in the circle, thus making your family members to be safer on the road. 👉🏻 Click to install DriveMark app

Rahsia BONUS Tayar Tahan Lama

 

🌟 Pilih Tayar Yang Betul Untuk Kereta Anda 🌟

spesikasi tayar: jaga tayar tahan lama

Kredit : Team BHP

Bagi setiap orang, kaki kita mempunyai saiz dan keperluan yang berbeza. Untuk berjalan dengan selesa, kasut yang kita pilih mestilah menepati saiz dan keperluan yang betul. Kereta juga memerlukan tayar yang sesuai supaya dapat dipandu dengan selamat.

a) Tahun Tayar Dihasilkan

Jika anda lihat pada rajah di atas, label ‘0204’ bermaksud tayar tersebut telah dihasilkan pada minggu ke-2 tahun 2004. Pilihlah tayar yang terbaru sekali untuk memastikan tayar akan tahan lebih lama.

b) Kelebaran Tayar

Label ‘205’ bermaksud kelebaran tayar adalah 205mm. Tayar mempunyai pelbagai jenis kelebaran. Pastikan anda memilih tayar yang tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Tayar yang terlalu tebal akan menambah bebanan pada kereta manakala tayar yang nipis akan menyebabkan kereta lebih susah dikawal akibat cengkaman tayar yang rendah pada permukaan jalan.

c) Tahap Bebanan/Muatan

Ini sebenarnya amat penting dan anda tidak patut abaikan semasa memilih tayar. Sebagai contoh, label ‘91’ bermakna tayar tersebut boleh menampung berat sebanyak 615kg. Jika anda sering memandu bersama bebanan yang tinggi, pilihlah tayar yang boleh menampung keperluan tersebut dan sebaliknya.

d) Tahap Kelajuan

Cuba untuk kenal pasti tahap kelajuan anda yang selalu memandu. Label ‘V’ bermaksud tayar tersebut boleh dipandu laju sehingga 240km/h. Jika anda alami situasi di mana minyak kereta cepat habis dan tayar kereta cepat haus, mungkin salah satu puncanya adalah jenist tayar anda tidak bersesuaian dengan kereta anda.

 

 

Driving Reward App

Driving Reward app
😘 Be a safe driver like Mr Anthony Cheng. By installing DriveMark and driving safe on the road, Mr Cheng won monthly and seasonal rewards. Who says driving safely isnt rewarding? DriveMark app is free on Google Play and Apple AppStore. 👉🏻 Click to install DriveMark app

____

Kami berharap rahsia-rahsia ini dapat membantu anda untuk menjaga tayar kereta anda dengan baik. 😄

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Malaysia Windscreen Insurance Coverage Price List (2023 UPDATED)

Note: Windscreen price list Updated for 2023 new vehicle models. Thank you for using this website. – September 2022: Added Tesla, Maserati, Aston Martin, Citroen, new Range-Rover models, new BMW...

Most Prestigious Race Events, Ever

Need to pump a quick adrenalin this weekend and watch car race? We got your back 😉 Claim your FREE tickets to Asia GT Festival at Sepang International Circuit this...

DriveMark September Hero

Bernard Henry What does it take to be a super hero?  Does a super hero must be a vigilan-teh who wears all black, has a loyal butler and want to...

🚗 Malaysia Roadtax Price List (2023 UPDATED)

(Updated for Year 2023 Malaysian Car Roadtax) – Updated September 2022: Perodua Ativa, Hyundai Ioniq EV, Kona EV Roadtax, KIA EV6 Is it the time to renew your vehicle roadtax...

Senarai Kereta Murah Baru, Selamat Malaysia 2023 😍

Kereta murah baru…tapi selamat. Ada ke? ADA. Sikit lagi kita dah nak masuk tahun 2021. Tahun baru, kereta baru? #eh Setiap orang mesti ada keinginan untuk memiliki kereta tersendiri. Dah...