Saban hari kedengaran kes-kes ragut dan rompakan kereta di media massa. Team DriveMark prihatin mengenai kejadian-kejadian buruk ini. Oleh itu kami menyenaraikan beberapa tip atau cadangan untuk para pembaca sekalian. Agar tip ini dikongsi ramai dan memberi manfaat kepada semua.

Tip sebelum menaiki kenderaan

  • Para wanita dinasihatkan agar jangan berjalan secara bersendirian ke tempat parking kereta anda, terutama apabila berada di bangunan pejabat atau komplex membeli-belah. Tambahan pula jika waktu tersebut ada selepas waktu bekerja/malam dan dalam suasana yang lengai (tiada orang kelihatan). Dapatkan seseorang untuk menemani anda jika anda bekerja lewat malam, atau selepas menonton wayang. Hubungi pengawal keselamatan yang akan menolong anda jika anda tiada kawan-kawan berdekatan.
  • Semasa memandu atau berjalan kaki, sentiasa perhatikan kawasan sekitar. Berhati-hati apabila anda melihat orang yang mencurigakan berdekatan kenderaan anda. Sebagai contoh, berwaspada jika terdapat pembonceng motorsikal yang berkeliaran tanpa sebab yang jelas.
  • Apabila anda memasuki kereta, sila pastikan tempat duduk belakang adalah kosong. Penjahat boleh bersembunyi di belakang dan menunggu masa yang sesuai untuk beraksi. Kejadian seperti ini akan kerap berlaku di stesen minyak dan R&R diseluruh negara.
  • Selepas memasuki kereta dan memastikan semua selamat, pastikan anda mengunci pintu dari dalam, dan cermin kereta anda dinaikkan.

Car Insurance Review by Melissa
Renew motor insurance using DriveMark and drive safely to get monthly cashback.

Tip semasa memandu

  • Sesat jalan? Jangan sekali-kali berhenti di tepi jalan dan guna lampu kecemasan. Perilaku ini hanya akan mengundang masalah kerana ia akan menarik penjahat yang akan mengambil kesempatan terhadap masalah anda.
  • Jika sesat jalan, telefon kawan-kawan untuk bertanya ATAU pergi ke stesen minyak/kedai berdekatan.
  • Kereta yang mencucuk dari belakang sememangnya boleh menyebabkan kemarahan. Jika pemandu lain mengganggu anda dan mengacah-acah untuk berlumba, ambil nafas dalam-dalam dan jangan sekali-kali terikut acahan mereka.
  • Jika ada pemandu yang mengacah-acah, memotong dan kemudian cuba berhenti di depan ada, atau memperlahankan kereta mereka di depan anda, anda dinasihatkan untuk memandu lebih perlahan dan teruskan pemanduan. Jangan berhenti!
  • Jika acahan dari pemandu tersebut berterusan, ambil langkah wajar dengan memandu ke arah Pejabat Polis dan Trafik berdekatan. Cuba dapatkan nombor pendaftaran, jenis & warna kenderaan, dan bentuk fizikal pemandu tersebut (jika anda nampak).
  • Selepas membuat aduan dan apabila keluar dari Pejabat Polis, lihat kawasan sekeliling untuk pastikan kereta penjahat tersebut tidak menunggu anda. Jika anda terlihat kelibat kereta tersebut, hubungi polis serta merta.

 

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Auto-lock: Adakah Selamat Memandu Dengan Kereta Berkunci?

“Saya rasa tidak selamat jika memandu dengan pintu terkunci kerana anda boleh terperangkap dalam kereta yang terbakar jika ada kemalangan. Anda tak boleh keluar, dan menyusahkan pihak bomba. Suami saya...

Pemenang DriveMark Challenge 1 semasa JomLaunch 2017!

JomLaunch merupakan platform untuk ahli komuniti JomWeb melancarkan sebarang produk yang melibatkan IT. Ianya bertujuan bagi membantu projek-projek komuniti, sumber terbuka, projek persendirian mahupun komersil dapat diketengahkan.     [...]Read...

7 Important Car Accident Tips That You Should Know šŸ¤•

Road accidents are almost always unexpected and could happen to anyone, even safe drivers. Since we spend most of our time on the road,Ā  we should be aware of car...

Travelling By Car with Your Pets

When you adopt pets, they are considered as part of your family. As the other family members, your animal companion needs to be comfortable during car rides. Honoring the Love...

Malaysia ranks 20th in the world for road deaths. This startup could change all that.

A stolen vehicle, a two-hour search, and catching car thieves. Thatā€™s how Syed Ahmad Fuqaha, managing director and founder at driving pattern data company Katsana, describes his first and most...


Leave a Reply

Your email address will not be published.