“Saya rasa tidak selamat jika memandu dengan pintu terkunci kerana anda boleh terperangkap dalam kereta yang terbakar jika ada kemalangan. Anda tak boleh keluar, dan menyusahkan pihak bomba. Suami saya tak bersetuju dengan pendapat saya. Kami ada sebuah 4×4, pintunya akan terkunci secara automatik (auto-lock) jika kereta bergerak. Apa pandangan DriveMark?”
– Puan Saleha, Petaling Jaya.
Elakkan Orang Masuk atau Keluar dari Kereta tanpa kebenaran anda
Jika anda memandu dengan pintu yang tidak terkunci, anda membolehkan sesiapa sahaja masuk, atau keluar dari kereta. Dalam contoh ini, pintu yang tidak terkunci membenarkan sesiapa sahaja memasuki kereta anda apabila berhenti di traffic light, atau stesyen minyak dan merampas barangan anda, malahkan mengugut anda supaya pandu ke tempat lain.
Kadang-kadang anda kena warn penumpang bahawa kereta anda ada auto-lock. Otherwise anda boleh dilabel sebagai penculik. (Gambar: Facebook/Singapore Civil Defence Force, Facebook/Roads.sg)
Elakkan anak anda membuka pintu secara tak sengaja denganĀ auto-lockĀ danĀ child-lock
Terdapat beberapa kejadian anak kecil terjatuh dari kereta yang masih bergerak. Jika memandu kereta bersama anak-anak kecil, cari fungsi Child LockĀ pada kereta anda. Child lock memastikan pintu anda tidak boleh dibuka dari dalam bagi keselamatan anak anda.
(Video: Reddit)
Kebiasaannya fungsi Child Lock ini ada pada pintu kereta itu sendiri, seperti gambar-gambar di bawah:
Peranan pintuĀ semasa kemalangan
Pintu kereta juga memainkan beberapa peranan penting semasa kemalangan. Ia perlu terkunci kerana:
a) ia perlu menahan kesan impak
b) mengelakkan anda daripada tercampak keluar
c) mengurangkan risiko bumbung kereta remuk kedalam ruang penumpang. Jika kereta itu bergolek, pintu yang terkunci akan memastikan pintu tertutup, dan mengelakkan anda tercampak dan seterusnya digelek oleh kereta itu sendiri.
Jika anda ada pet, auto-lock penting untuk elakkan pet anda buka pintuĀ
“Syaiton apakah ini. Kenapa kotak ini bergerak? Lepaskan hamba dari kurungan ini.”, gusar si Meow.
Tapi, adakah auto-lockĀ menyebabkan penumpang terperangkap di dalam kereta semasa kemalangan? Sebenarnya, apabila impak berlaku, ada masanya pintu kereta akan terperosok ke dalam. Hal ini menyebabkan pintu yang rosak itu akan tersekat tidak kira ia dikunci ataupun tidak. Dalam keadaan ini, pihak bomba akan membantu anda atau anda boleh pecahkan cermin untuk keluar dengan selamat.
Kesimpulannya, banyak kebaikan menggunakanĀ auto-lockĀ dalam memastikan keselamatan penumpang kenderaan sama ada manusia mahupun haiwan. Namun tidak guna juga menggunakanĀ auto–lock kalau tidak memandu dengan selamat, bukan?
AplikasiĀ DriveMark akan beri anda markah berdasarkan cara anda memandu. Jadi, lebih mudah untuk anda menilai dan meningkatkan prestasi pemanduan anda. Kami juga beri ganjaran pada pemandu selamat di Malaysia ni. Ini kerana pemandu yang prihatin merupakan wira pada kami. š
Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
Insurance: A fairer way to price motor insurance premiums
The second phase of the liberalisation of motor insurance, which kicked off on July 1, has seen the introduction of usage-based insurance (UBI) in the Malaysian market. The product allows...
Best Weekend Staycations in Klang Valley
The weekend of a long CNY holiday is finally coming. Some of you are still in vacation mood, some got back to work already (me), and some of you still...
DriveMark didik sikap pemandu
TAHUKAH anda Malaysia berada di kedudukan ke-16 di dunia yang melibatkan statistik tertinggi kemalangan jalan raya? Statistik itu juga amat membimbangkan, namun masih ada peluang untuk mengubah senario tersebut. Pixelated...
Travelling By Car with Your Pets
When you adopt pets, they are considered as part of your family. As the other family members, your animal companion needs to be comfortable during car rides. Honoring the Love...
Your Friends Can Be Heroes Too!
Hello Heroes! You know we already love you for keeping Malaysia road safe. You also know our fantastic challenges with super fantastic rewards. But, you know what more best? To...