Berdasarkan satu kajian oleh Centers for Disease Control and Prevention (USA), hampir separuh dari kematian yang berpunca dari lemas adalah disebabkan kenderaan yang meredah air banjir. Pemandu yang tersekat dalam banjir bukanlah seorang yang berani atau suka mengambil cabaran. Seperti kebanyakan orang, pemandu ini kebiasaannya memandang rendah betapa bahayanya meredah air banjir yang cetek.
Kalau jalan raya banjir, jangan cuba redah kalau anda tak tahu ketinggian air.
Sebagai contoh:
Air yang setinggi 6 inci tak dalam pon.
Tetapi ia mampu menyebabkan tayar kereta hilang cengkaman (traction) dan boleh menyebabkan anda hilang kawalan -> kemalangan yang serius. Jangan redah air setinggi 6 inci yang mengalir.
Air sedalam 12 inci / 1 kaki / separuh tayar-
Kebanyakan kereta sudah boleh terapung. Maka jika kereta terapung, maksudnya anda sudah tidak lagi mengemudi/memandu. Air yang mengalir boleh membunuh anda jika anda dibawa ke dalam sungai atau longkang besar. Anda dinasihatkan berhenti dan jangan cuba redah.
Air sedalam 24 inci / 2 kaki–
Pada ketinggian ini, kereta 4×4/SUV pun sudah boleh dibawa air. Kereta-kereta lain sudah pasti jadi perahu. Engine anda juga ada potensi ‘hydrolock’ dan hilang fungsi-fungsi electronic yang lain. Hydrolock terjadi apabila air memasuki combustion chamber -> menyekat engine berfungsi. Apabila kereta anda tidak lagi berjalan, anda sudah tiada kawalan dan tak boleh u-turn. Tinggalkan sahajalah kereta itu dan cari tempat selamat. Kereta boleh dibaiki, nyawa anda hanya satu. Kecuali jika anda seekor kucing, kucing ada 9 nyawa.
Kesimpulannya:
1. Buat U-turn/berhenti. Jangan redah jalan yang banjir.
2. Jika anda benar-benar terpaksa & air dalam sekitar 6-12 inci, anda disyorkan supaya kempiskan tayar dahulu. Tayar yang kempis mengurangkan risiko kereta terapung dan memberi cengkaman lebih.
3. Matikan enjin apabila ekzos dan bahagian enjin kenderaan sudah mulai ditenggelami air banjir.
4. Jadilah seekor kucing. Jika mati, kucing boleh hidup kembali. Kalau anda seorang manusia, sabar lah sikit; jangan redah banjir tu.
Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
September Challenge Winners!
Hello DriveMark Heroes! Announcing winners for the DriveMark September Challenge! Congratulations to our Heroes, and also to the Lucky Draw Winners. If you are not so lucky this month, don’t...
Your Friends Can Be Heroes Too!
Hello Heroes! You know we already love you for keeping Malaysia road safe. You also know our fantastic challenges with super fantastic rewards. But, you know what more best? To...
Ganjaran diskaun petrol, tol untuk pemandu berhemah
KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, pemandu berhemah di negara ini bakal mendapat ganjaran rebat petrol dan tol. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata cadangan itu dikemukakan Petroliam Nasional Berhad...
Miros Memeterai Perjanjian Persefahaman Dengan 13 Rakan Strategik Dalam Meningkatkan Usaha Keselamatan Jalan Raya Di Malaysia, Indonesia Dan India
KENYATAAN MEDIA _____________________________________________________________________________ BANDAR BARU BANGI, 11 OGOS 2020 – Peningkatan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia merupakan salah satu agenda utama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang...
DriveMark November Hero
Zulqarnain Bin Azahari What does it take to be a super hero? Boleh terbang-terbang? Become invisible and sneak in and out? Being sado? For us, a hero is one who...